cik anum: weh
fazrul: yup
cik anum: td ko ckp MAS promosi rm1
cik anum: ye ke
cik anum: mana
fazrul: mas putih
cik anum: bongokkkkk
cik anum: tertipu aku
fazrul: h1n1 punye
fazrul: hahahaha
cik anum: hahhahahhaha
cik anum: tekanan
fazrul: aku pun tekene dgn mak aku
fazrul: hahahaha
cik anum: =))
cik anum: bijak ah mak ko
Ha tu lah… sebok jadikan telinga tu lintah sapa suruh. Kan dah malu. Haih…
Categorized in Uncategorized
Tags: merepek
Cuti 3 hari. Biasalah, duduk Selangor. Jadi cuti la hari Isnin. Nuzul Quran. Jadinya Sabtu dan Ahad ke Melaka. Rumah kakak ke3 aku. Nak balik Johor macam jauhlah bukan. Lagipun baru balik haritu. Berbuka puasa di sana bersama family kakak. Ahad pulang ke Cyberjaya.
Isnin memenatkan diri lagi. Ke KWSP, ke Bukit Bintang Plaza dan ke The Garden & Midvalley berbuka puasa bersama Rangers Tua.
Pulang dengan hati terbuka. Eh.
Categorized in Uncategorized
Tags: rangers

26 april 05
Categorized in Uncategorized
Ada orang bising suruh update blog. OK, dah update dah ni. Hahahahaha.
Categorized in Uncategorized
Tags: merepek
Oh sebeHey. Sapa gila? Isk isk.. Dah la lama tak update. Update update je cakap orang gila. Apa nak jadi nih. Eh tak tak. Saya sedang cakap untuk diri sendiri. Gila sebab dah lama gila tak update blog. Ingat dah taknak tulis blog dah. Rasa macam dah tak penting dah blog nih. OK la. Bai.
Hey Cik Anum nih. Update la betol-betol. Nak kena sekeh ke apa? Oh sebelum tuh, nak ucap Selamat Berpuasa pada hari ke 13. Hehe. Takpe lah kan, atleast ucap.
Categorized in Uncategorized
Tags: merepek
.dari google.
Aku berjaya musnahkan janji aku. Janji yang aku takkan menangis lagi. Memang susah berjanji benda yang kita takkan boleh tunaikan. Aku dah jelak dengan air mata. Kalau boleh nak biarkan hati ni kering. Biar orang kata aku takde perasaan. Asalkan aku tak menangis. Tapi, jari luka pun aku menangis, inikan pulak hati yang luka. Tak pulak la aku meraung kan?
Takpe la. Tunggu je la sampai bila aku boleh menangis. Jangan sampai aku betul-betul berhati kering.
Sabtu lepas hingga ke Isnin malam, selama 58 jam cuma makan rambutan dan segelas air oren. Isnin siap puasa. Berbuka dengan rambutan saja. Bukan taknak makan, takde selera nak makan. Memang tujuannya nak sakit, biar masuk ward. Bukan bunuh diri. Sedar iman masih belum cukup. Tapi mengalah sebab dah 58 jam tak makan apa-apa, badan masih bertenaga dan segar. Misi tak tercapai. Tahniah.
Ada sahabat berkata ‘Ha, nak sakit sangat.. nak jadi macam bapak aku kat hospital sana tu?’. Bukan macam tu sahabat. Mungkin kau tak faham. Takpe, aku tak berkecil hati dengan kau. Terima kasih juga sebab cuba membuka mulut.
Dan sekarang, sudah hampir 30 jam tidak makan dan tidak minum. Juga masih stabil. Agaknya effect tu lambat sampai kot. Sangat-sangat sedih sampai takde selera nak makan. Aku ingat dalam cite samarinda, telenovela, akasia je yang ada drama macam ni. Rupanya, real life pon ada. Diri sendiri pulak tu. Malu sungguh.
Ini bukan mengadu domba. Cuma meluahkan perasaan. Ok la kan, dari tak berupdate blog ni. Nak tumpang lalu pon segan. Haih.
P/s: Nak sakit sangat, last-last semalam sakit betol. Period pain. Alhamdulillah.
Categorized in Uncategorized
Tags: hati

Selamat hari bapa kepada ayahanda YM Raja Ahmad bin Raja Abdullah. Semoga menjadi ayah yang terhebat di alam semesta. Juga untuk abang dan abang-abang ipar saya. Raja Nur Muhammad Hidayat, Zuhairi Shaari, Hafidz Mohamed dan Noor Azli Medzlan. Selamat hari bapa, yo!
Categorized in Uncategorized